Apr 3, 08 6:50pm (MALAYSIAKINI.COM)
Menghukum pasangan bukan Islam dalam kes khalwat orang Islam melanggar hak-hak asas dalam Perlembagaan Persekutuan, kata Majlis Peguam hari ini.Mengulas cadangan Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) dan Jabatan Undang-undang Syariah Malaysia semalam, majlis itu berkata langkah itu "salah dari segi prinsip, dan mencabuli jaminan kebebasan beragama seperti Perkara 11 dalam perlembagaan." "Sangat tidak adil mengguna pakai undang-undang agama dengan cara ini terhadap individu yang tidak menganut agama berkenaa," kata presidennya Ambiga Sreenevasan. "Cadangan itu sama sekali tidak boleh diterima"Cadangan dua badan ini - sebahagian draf resolusi seminar semakan undang-undang syariah yang tamat semalam - akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara. Seorang pembentang di seminar itu, hakim mahkamah rayuan syariah Datuk Mohd Asri Abdullah berkata orang bukan Islam mungkin boleh dihukum di mahkamah sivil agar "lebih adil"."Orang Islam akan dihukum di mahkamah syariah... tetapi kami tidak ada kuasa menghukum bukan Islam," beliau dipetik sebagai berkata.Menurut laporan The Star hari ini, cadangan tersebut termasuklah meningkatkan denda dan hukuman - sehingga empat kali ganda - bagi kes-kes khalwat, pelacuran, minum arak dan berjudi. Majlis Peguam juga menyatakan ia turut "terganggu" dengan hasil seminar itu yang ingin memperkenalkan pusat pemulihan bagi pesalah-pesalah jenayah syariah, seperti pelacuran dan lelaki pondan. Sementara itu MCA juga membantah cadangan tersebut. "Menurut perlembagaan, undang-undang Islam tidak terpakai kepada orang bukan Islam," kata naib setiausaha parti itu, Datuk Yew Teong Lock. "Cadangan itu tidak realistik."
P/s: Hebat betul undang2 kat Malaysia ni. Leh buat memain plak tentang hukum agama. Hal ini membuktikan bahawa malaysia memang negara islam dibawah pemerintahan Abdullah. Sokong Abdullah. haha. Da lapok la....
Counter
4/03/2008
Khalwat: Bantah hukum bukan Islam
Diposkan oleh API pada 4:51 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment