Counter

Pembilang

4/03/2008

Hot... PM Kecut... Hek eleh...

Guan Eng diminta hati-hati buat kenyataan (Malaysiakini.com)
Apr 3, 08 4:36pm
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menasihatkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng supaya berhati-hati dalam membuat kenyataan kerana pemimpin DAP itu kini adalah ketua sebuah kerajaan negeri.

"Beliau tak seharusnya cuba meraih populariti," kata Perdana Menteri kepada Bernama selepas pertemuan selama 30 minit dengan Lim, yang juga Setiausaha Agung DAP, di pejabatnya.

"Saya memberitahu beliau yang kita sedang mengawasi dengan teliti apa yang sedang berlaku di Pulau Pinang.

"Saya nasihatkan beliau bahawa beliau kini menerajui sebuah kerajaan negeri dan beliau seharusnya berhati-hati ketika membuat kenyataan," kata Abdullah.

Merujuk kepada kenyataan Lim baru-baru ini mengenai Dasar Ekonomi Baru (DEB), Perdana Menteri berkata Lim (foto) tidak sepatutnya membuat kenyataan tidak berasas yang mengaitkan dasar itu dengan rasuah.

Abdullah berkata beliau tidak dapat menerima kenyataan liar seperti itu kerana ia boleh mencetuskan kemarahan dan salah faham yang sukar dibendung.

Abdullah meminta Lim supaya menghapuskan kemiskinan dan memastikan pertumbuhan dinikmati secara adil di Pulau Pinang.

Perdana Menteri berkata beliau juga memberitahu Lim bahawa kerajaan pusat akan memegang pada janji termasuk melaksanakan beberapa projek besar di Pulau Pinang.

"Semua ini bukannya projek mega atau untuk menunjuk-nunjuk. Ianya adalah projek yang mempunyai matlamat khusus berdasarkan keperluan rakyat," katanya.

Mengenai pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang, beliau berkata Petronas tidak akan membiayai projek itu kerana semua perolehan syarikat minyak negara itu diserahkan kepada kerajaan pusat untuk perbelanjaan pembangunan dan subsidi.

Abdullah berkata beliau juga meminta Lim mempercepatkan proses pengambilan tanah bagi tujuan pembinaan jambatan itu.

P/s: Abdullah sebenarnya tgh takot ngan menteri tu. Maklumlah, pusat perdagangan kedua terbesar kat Malaysia diambil oleh pembangkang. Lagipon, wat pe la Abdullah ni nak sibuk2. Biarlah ketua menteri tu nak wat ape. Lantak dia la. Nak jaga tepi kain orang buat ape? Selesaikan masalah kau tu dulu baru nak selesaikan masalah orang lain. Haha (jgn lupe gelak tau).

0 Komen: