Khir Toyo akan buat pengumuman rasmi (Malaysiakini.com)
Nash Rahman Apr 3, 08 3:45pm
Bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Mohd Khir Toyo akan membuat pengumuman rasmi tidak lama lagi mengenai keputusannya untuk bertanding jawatan ketua Pemuda Umno Malaysia.
Jawatan tersebut kosong selepas Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengumumkan hari ini bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatan tersebut dalam pemilihan Umno Disember ini.
Hishammuddin memegang jawatan tersebut tanpa bertanding sejak pemilihan Umno tahun 2000. Pada 2004 beliau dipilih sekali lagi tanpa bertanding.
Bagaimanapun, beliau secara terbuka telah menyatakan hanya akan memegang jawatan tersebut untuk sepenggal sahaja.
Pengumuman beliau hari ini dianggap sebagai mengotai janjinya tersebut.
Ketika dihubungi sejurus selepas Hishammuddin membuat pengumuman tersebut, Dr Mohd Khir berkata beliau akan mengumumkan keputusannya tidak lama lagi.
"Saya tengah mengumpulkan maklumbalas dari rakan-rakan Pemuda bahagian, dan akan buat keputusan tidak lama lagi," katanya kepada Malaysiakini.
Selain Dr Mohd Khir, keputusan Hishammuddin itu akan membuka ruang kepada naib ketua pergerakan itu Khairy Jamaluddin, untuk bertanding jawatan tersebut.
Selain mereka, ahli parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir juga telah menyatakan hasratnya bertanding jawatan tersebut jika dikosongkan oleh Hishammuddin.
Bagaimanapun, beliau tidak dapat dihubungi dan menurut seorang pembantunya, Mukhriz sedang menghadiri majlis di kawasan parlimennya di Jerlun.
p/s: Khir toyo nak masuk? Adoi, da la kalah dalam pilihanraya, nak bertanding pemuda UMNO plak tu. X smpi ati nak tgk die ni kalah. Khairy plak semakin mnjd-jd la plak. Org ramai tengah tak suka dia, yg die pergi bantai masuk pemilihan tu buat apa? Kalo die menang, memang sah UMNO terus lingkop. Saya rasa kalo Mukriz menang, dia mungkin akan memartabatkan la sikit UMNO. Tapi, sikit je la. X banyk pon.
Counter
4/03/2008
Pemuda UMNO or Petua UMNO.. Yg bertandingnya ade yg da tua x sedar diri.
Hot... PM Kecut... Hek eleh...
Guan Eng diminta hati-hati buat kenyataan (Malaysiakini.com)
Apr 3, 08 4:36pm
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menasihatkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng supaya berhati-hati dalam membuat kenyataan kerana pemimpin DAP itu kini adalah ketua sebuah kerajaan negeri.
"Beliau tak seharusnya cuba meraih populariti," kata Perdana Menteri kepada Bernama selepas pertemuan selama 30 minit dengan Lim, yang juga Setiausaha Agung DAP, di pejabatnya.
"Saya memberitahu beliau yang kita sedang mengawasi dengan teliti apa yang sedang berlaku di Pulau Pinang.
"Saya nasihatkan beliau bahawa beliau kini menerajui sebuah kerajaan negeri dan beliau seharusnya berhati-hati ketika membuat kenyataan," kata Abdullah.
Merujuk kepada kenyataan Lim baru-baru ini mengenai Dasar Ekonomi Baru (DEB), Perdana Menteri berkata Lim (foto) tidak sepatutnya membuat kenyataan tidak berasas yang mengaitkan dasar itu dengan rasuah.
Abdullah berkata beliau tidak dapat menerima kenyataan liar seperti itu kerana ia boleh mencetuskan kemarahan dan salah faham yang sukar dibendung.
Abdullah meminta Lim supaya menghapuskan kemiskinan dan memastikan pertumbuhan dinikmati secara adil di Pulau Pinang.
Perdana Menteri berkata beliau juga memberitahu Lim bahawa kerajaan pusat akan memegang pada janji termasuk melaksanakan beberapa projek besar di Pulau Pinang.
"Semua ini bukannya projek mega atau untuk menunjuk-nunjuk. Ianya adalah projek yang mempunyai matlamat khusus berdasarkan keperluan rakyat," katanya.
Mengenai pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang, beliau berkata Petronas tidak akan membiayai projek itu kerana semua perolehan syarikat minyak negara itu diserahkan kepada kerajaan pusat untuk perbelanjaan pembangunan dan subsidi.
Abdullah berkata beliau juga meminta Lim mempercepatkan proses pengambilan tanah bagi tujuan pembinaan jambatan itu.
P/s: Abdullah sebenarnya tgh takot ngan menteri tu. Maklumlah, pusat perdagangan kedua terbesar kat Malaysia diambil oleh pembangkang. Lagipon, wat pe la Abdullah ni nak sibuk2. Biarlah ketua menteri tu nak wat ape. Lantak dia la. Nak jaga tepi kain orang buat ape? Selesaikan masalah kau tu dulu baru nak selesaikan masalah orang lain. Haha (jgn lupe gelak tau).