Counter

Pembilang

4/03/2008

MENGENAI KEPERCAYAAN TERHADAP KAYU KOKKA

MENGENAI KEPERCAYAAN TERHADAP KAYU KOKKA

.

“ Sesungguh perbuatan sesetengah pihak yang sedang berleluasa sekarang menjual atau berkempen apa yang mereka namakan “kayu kokka’ adalah penyelewengan dari hakikat Islam. Ini kerana mereka mendakwa kononnya kayu tersebut adalah dari jenis tongkat nabi Musa A.S dan mempunyai berbagai khasiat seperti dimakbulkan hajat, keselamatan, meninggalkan perniagaan adalah dakwaan palsu dari segi agama.

.

Pertama; Tiada dalil yang sahih, bahawa tongkat Nabi Musa atau bahtera Nabi Nuh atau mana-mana nabi dari jenis kayu ini. Bahkan, jika ia dari jenis kayu ini pun, mukjizat yang terjadi bukan disebabkan faktor jenis kayu, sebaliknya kerana mereka ditabalkan menjadi rasul. Mengaitkan kayu kokka dengan mukjizat mereka mempunyai motif perniagaan yang boleh mengelirukan orang ramai dan merosakkan kefahaman yang sebenar terhadap para nabi.

.

Kedua: dakwaan yang mereka buat tentang khasiat-khasiat kayu berkenaan boleh membawa kepada syirik dan pendustaan kepada Allah SWT. Tidak pernah Allah berjanji dalam apa-apa nas al-Quran atau melalui sunnah RasulNya bahawa Dia akan memberikan khasiat berkenaan kepada sesiapa yang memakai kayu tersebut. Dakwaan-dakwaan itu bererti mempergunakan nama Allah secara dusta. Bahkan di kalangan penjual kayu ini ada yang menggunakan hadith-hadith palsu.

.

Maka jelas, perbuatan menjual atau berkempen kepada kayu kokka tersebut adalah perbuatan yang memperbodohkan orang ramai dan memalukan Islam. Sepatutnya umat Islam berusaha “membangunkan diri” dengan mencari sebab musabab yang diizinkan Allah seperti penggunaan teknologi sains dalam kehidupan atau kesungguhan dan disiplin diri dalam perniagaan dan seumpamanya.

.

Kepercayaan seperti ini, di samping membawa kepada syirik, penyelewengan, khurafat dan karut, ia juga memalukan umat Islam di era kemajuan teknologi sekarang.

0 Komen: