Counter

Pembilang
Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

4/03/2008

Pemuda UMNO or Petua UMNO.. Yg bertandingnya ade yg da tua x sedar diri.

Khir Toyo akan buat pengumuman rasmi (Malaysiakini.com)
Nash Rahman Apr 3, 08 3:45pm
Bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Mohd Khir Toyo akan membuat pengumuman rasmi tidak lama lagi mengenai keputusannya untuk bertanding jawatan ketua Pemuda Umno Malaysia.

Jawatan tersebut kosong selepas Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengumumkan hari ini bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatan tersebut dalam pemilihan Umno Disember ini.

Hishammuddin memegang jawatan tersebut tanpa bertanding sejak pemilihan Umno tahun 2000. Pada 2004 beliau dipilih sekali lagi tanpa bertanding.

Bagaimanapun, beliau secara terbuka telah menyatakan hanya akan memegang jawatan tersebut untuk sepenggal sahaja.

Pengumuman beliau hari ini dianggap sebagai mengotai janjinya tersebut.

Ketika dihubungi sejurus selepas Hishammuddin membuat pengumuman tersebut, Dr Mohd Khir berkata beliau akan mengumumkan keputusannya tidak lama lagi.

"Saya tengah mengumpulkan maklumbalas dari rakan-rakan Pemuda bahagian, dan akan buat keputusan tidak lama lagi," katanya kepada Malaysiakini.

Selain Dr Mohd Khir, keputusan Hishammuddin itu akan membuka ruang kepada naib ketua pergerakan itu Khairy Jamaluddin, untuk bertanding jawatan tersebut.

Selain mereka, ahli parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir juga telah menyatakan hasratnya bertanding jawatan tersebut jika dikosongkan oleh Hishammuddin.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat dihubungi dan menurut seorang pembantunya, Mukhriz sedang menghadiri majlis di kawasan parlimennya di Jerlun.

p/s: Khir toyo nak masuk? Adoi, da la kalah dalam pilihanraya, nak bertanding pemuda UMNO plak tu. X smpi ati nak tgk die ni kalah. Khairy plak semakin mnjd-jd la plak. Org ramai tengah tak suka dia, yg die pergi bantai masuk pemilihan tu buat apa? Kalo die menang, memang sah UMNO terus lingkop. Saya rasa kalo Mukriz menang, dia mungkin akan memartabatkan la sikit UMNO. Tapi, sikit je la. X banyk pon.

4/02/2008

Ape salah blogger?

Berita RTM 1 pukul 6.30.

Ketua penerangan UMNO mengatakan bahawa pembangkang menggunakan internet ke tahap yg maksimum. Beliau berkata bahawa ini adalah politik maya dan UMNO tidak pernah menggunakan media internet dan surat khabar sebagai media untuk mnyebarkan dakyah politik mereka.

Cuba anda fikirkan?

  1. UMNO menggunakan siaran televisyen. Kesemua siaran televisyen termasuklah TV1, TV2, TV3, NTV7, 8TV, dan TV9. Hampir kesemua penduduk di malaysia mempunyai televisyen. Dan setiap berita adalah milik mereka dan sesuka hati untuk memotong bahagian yg berkenaan pembangkang. Adakah ini sistem politik Malaysia? Memang KOLOT.
  2. Pengguna internet di Malaysia hanya sedikit sahaja. Jika dilihat balik, cuma bahagian bandar sahaja yg menerima dakyah pembangkang.
  3. UMNO tidak gunakan akhbar? Memang lawak (jangan lupa nak gelak). Habis tu, ape gunanya akhbar UTUSAN dan Berita Harian yg dikeluarkan setiap hari. Sedangkan akhbar suara rakyat dan HARAKAH hya dikeluarkan sebulan dua kali. Hei, pembangkang, cari lah inisiatif. Jangan la hya keluarkan mengenai politik sahaja. Keluarkanlah berita2 semasa di Malaysia. Nmpk macam politik yg x matang.
  4. Kami yg menulis blogger ini hya ingin mengeluarkan pendapat kami setelah media untuk menyiarkan pendapat telah di halang sekeras-kerasnya oleh kerajaan.

POST: PEMUDAPI MELAKA.