Adun DAP dakwa ditawar RM65 juta
Apr 6, 08 10:12pm
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tronoh, V. Sivakumar hari ini mendakwa ada pihak membuat tawaran sebanyak RM65 juta supaya beliau meninggalkan DAP dan menyertai parti komponen Barisan Nasional.Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah (IPD) Ipoh, beliau berkata tawaran itu jumlah tertinggi daripada pelbagai tawaran yang diterimanya sejak 9 Mac lalu, sehari selepas pilihanraya umum, daripada beberapa pihak yang mendakwa mewakili BN. "Kalau saya setuju masuk BN, mereka tawarkan saya wang tunai antara RM10 juta dan RM65 juta serta jawatan exco dan jika saya bimbangkan keselamatan diri, mereka turut menawarkan kawalan polis 24 jam dan membantu saya berpindah ke luar negara bersama keluarga pada bila-bila masa," katanya. Bernama memetik Sivakumar sebagai berkata beliau mengambil keputusan membuat laporan polis kerana tertekan dengan gangguan yang diterima terutama sejak akhir-akhir ini. Beliau mendakwa semakin kerap panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) diterimanya termasuk apabila ada pihak yang dikenalinya berkunjung ke rumahnya di Taman Kledang Emas. Beliau membuat laporan polis pada jam 11 pagi ini dengan ditemani naib pengerusi DAP M Kulasegaran serta beberapa wakil rakyat parti itu.'Jadi orang tengah' "Saya berharap pihak polis akan mengambil tindakan segera menyiasat perkara ini kerana perkara sama turut dialami oleh ramai wakil rakyat PAS dan PKR. "SMS terbaru diterima semalam yang menyebut bahawa seorang wakil rakyat DAP dan seorang wakil rakyat PKR sudah menyertai BN dan menjemput saya supaya turut serta," katanya. Kulasegaran yang juga ahli parlimen Ipoh Barat turut mendakwa beliau telah menerima panggilan telefon daripada beberapa pemimpin BN dikenalinya yang membuat tawaran RM5 juta supaya menjadi orang tengah untuk memujuk wakil-wakil rakyat DAP menyertai BN. "Panggilan berkenaan diterima dalam tempoh beberapa hari selepas pilihanraya umum lepas tetapi selepas saya beritahu akan membuat laporan polis, mereka tidak lagi menghubungi," katanya. Kulasegaran berkata wakil-wakil rakyat DAP bukan untuk dijual dan perkara seperti ini adalah gangguan yang serius dan diharap polis akan menjalankan siasatan dan mengambil tindakan. Beliau berkata laporan polis akan turut dibuat oleh beberapa wakil rakyat DAP berkenaan perkara yang serupa selepas ini.
P/s: BN ni, da kalah, buat2 je la kalah. Ape kate kalo korang bagi je RM65 juta tu kat rakyat termiskin. Buat rumah tuk diorang ke... Mmg BN ni x dak otak. Otaknya kat kaki... Kalo kat lutut boleh pk lagi... Hahaha
Counter
4/06/2008
ADUN DAP... Bukan Untuk di jual.
Tidur lah Pak Lah....
Sekarang ni hangat dunia politik di Malaysia hangat memperkatakan bahawa Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi atau lebih dikenali oleh Pak Lah tidur semasa majlis yang diadakan. Tetapi hal ini disangkal sama sekali oleh beliau. Untuk melihat bukti2 Pak Lah tidur di majlis2 kenamaan, silalah berkunjung ke http://www.youtube.com/apinew Kesemua bukti ini boleh didapati secara percuma di Google Images. Jadi hal ini tidak boleh lagi disangkal oleh Pak Lah si kaki tidur.
4/04/2008
Mahathir zalimi Anwar...
Pernah ingat dahulu semasa Mahathir menuduh Anwar melakukan hubungan maksiat dan menggunakan harta malaysia untuk kepentingan diri sendiri?
Itu adalah suatu penipuan.
Hal ini dinyatakan sendiri oleh Mahathir semasa berucap sebelum pilihanraya...
Video itu telah dirakam dan tidak disunting. Ini memberi peluang kepada ahli PKR memberi video ini secara percuma di sekitar bandar2 besar Malaysia.
Video ini boleh ditonton di Youtube di channel APIneW: http://www.youtube.com/user/APIneW
4/03/2008
Boikot Belanda/Dutch
Sejak isu pengeluaran Fitna The Movie, ramai dalam kalangan kita mahu memboikot barangan keluaran Belanda. Akan tetapi, mereka langsung tidak mengetahui barangan yang dikeluarkan oleh belanda.
Berikut Adalah barang2 yg diperdagangkan oleh Belanda di Malaysia.
Dutch Lady - Susu
Ferrero Roche - Coklat
Wall’s - Ais Krim
Ing -Insurans
Planta -Magerin
Lady’s Choice -Magerin
Lipton -TehShell -Minyak
Knorr -Perisa Makanan
Dove -Mandian
Sunlight -Magerin/Pencuci Pinggan
Radiant -Deodoran
Rexona -Deodoran
Ponds -Produk Kecantikan
Kieldsens -Coklat
Slimfast -Produk Pelangsing
Lego -Kismis
Philips -Barangan Elektrik
Duyvis -Makanan Ringan
Gouda -Keju
Robin -Pencuci Lantai/Pakaian
Ariel -Pencuci Lantai/Pakaian
Omo -Pencuci Lantai/Pakaian
Labello -Lip Balm
Pickwick -TehVenz -Mentega Coklat
Kinder Bueno -Coklat
Unilever -Syarikat
Dumex -Susu Tepung
Nutricia -Susu Bayi
Sunsilk -Shampoo
Fair & Lovely -Produk Kecantikan
Lux -Mandian
Vaseline -Lip Balm
Cif -Pencuci Lantai
Surf -Pencuci Kain
Wishbone -Pencuci Kain
Doriana - Keju Krim
Bertolli -Minyak Masak
Clear -Shampoo
Breeze -Pencuci Kain
Sun -Pencuci Kain
Laman untuk melihat video Fitna adalah-
http://www.youtube.com/verify_age?next_url=/watch%3Fv%3DbCrCsTMokTU
Video ini hanya sesuai ditonton oleh 18 tahun ke atas dan perlu mendaftar sebagai ahli Youtube.
Khalwat: Bantah hukum bukan Islam
Apr 3, 08 6:50pm (MALAYSIAKINI.COM)
Menghukum pasangan bukan Islam dalam kes khalwat orang Islam melanggar hak-hak asas dalam Perlembagaan Persekutuan, kata Majlis Peguam hari ini.Mengulas cadangan Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) dan Jabatan Undang-undang Syariah Malaysia semalam, majlis itu berkata langkah itu "salah dari segi prinsip, dan mencabuli jaminan kebebasan beragama seperti Perkara 11 dalam perlembagaan." "Sangat tidak adil mengguna pakai undang-undang agama dengan cara ini terhadap individu yang tidak menganut agama berkenaa," kata presidennya Ambiga Sreenevasan. "Cadangan itu sama sekali tidak boleh diterima"Cadangan dua badan ini - sebahagian draf resolusi seminar semakan undang-undang syariah yang tamat semalam - akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara. Seorang pembentang di seminar itu, hakim mahkamah rayuan syariah Datuk Mohd Asri Abdullah berkata orang bukan Islam mungkin boleh dihukum di mahkamah sivil agar "lebih adil"."Orang Islam akan dihukum di mahkamah syariah... tetapi kami tidak ada kuasa menghukum bukan Islam," beliau dipetik sebagai berkata.Menurut laporan The Star hari ini, cadangan tersebut termasuklah meningkatkan denda dan hukuman - sehingga empat kali ganda - bagi kes-kes khalwat, pelacuran, minum arak dan berjudi. Majlis Peguam juga menyatakan ia turut "terganggu" dengan hasil seminar itu yang ingin memperkenalkan pusat pemulihan bagi pesalah-pesalah jenayah syariah, seperti pelacuran dan lelaki pondan. Sementara itu MCA juga membantah cadangan tersebut. "Menurut perlembagaan, undang-undang Islam tidak terpakai kepada orang bukan Islam," kata naib setiausaha parti itu, Datuk Yew Teong Lock. "Cadangan itu tidak realistik."
P/s: Hebat betul undang2 kat Malaysia ni. Leh buat memain plak tentang hukum agama. Hal ini membuktikan bahawa malaysia memang negara islam dibawah pemerintahan Abdullah. Sokong Abdullah. haha. Da lapok la....
Pemuda UMNO or Petua UMNO.. Yg bertandingnya ade yg da tua x sedar diri.
Khir Toyo akan buat pengumuman rasmi (Malaysiakini.com)
Nash Rahman Apr 3, 08 3:45pm
Bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Mohd Khir Toyo akan membuat pengumuman rasmi tidak lama lagi mengenai keputusannya untuk bertanding jawatan ketua Pemuda Umno Malaysia.
Jawatan tersebut kosong selepas Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengumumkan hari ini bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatan tersebut dalam pemilihan Umno Disember ini.
Hishammuddin memegang jawatan tersebut tanpa bertanding sejak pemilihan Umno tahun 2000. Pada 2004 beliau dipilih sekali lagi tanpa bertanding.
Bagaimanapun, beliau secara terbuka telah menyatakan hanya akan memegang jawatan tersebut untuk sepenggal sahaja.
Pengumuman beliau hari ini dianggap sebagai mengotai janjinya tersebut.
Ketika dihubungi sejurus selepas Hishammuddin membuat pengumuman tersebut, Dr Mohd Khir berkata beliau akan mengumumkan keputusannya tidak lama lagi.
"Saya tengah mengumpulkan maklumbalas dari rakan-rakan Pemuda bahagian, dan akan buat keputusan tidak lama lagi," katanya kepada Malaysiakini.
Selain Dr Mohd Khir, keputusan Hishammuddin itu akan membuka ruang kepada naib ketua pergerakan itu Khairy Jamaluddin, untuk bertanding jawatan tersebut.
Selain mereka, ahli parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir juga telah menyatakan hasratnya bertanding jawatan tersebut jika dikosongkan oleh Hishammuddin.
Bagaimanapun, beliau tidak dapat dihubungi dan menurut seorang pembantunya, Mukhriz sedang menghadiri majlis di kawasan parlimennya di Jerlun.
p/s: Khir toyo nak masuk? Adoi, da la kalah dalam pilihanraya, nak bertanding pemuda UMNO plak tu. X smpi ati nak tgk die ni kalah. Khairy plak semakin mnjd-jd la plak. Org ramai tengah tak suka dia, yg die pergi bantai masuk pemilihan tu buat apa? Kalo die menang, memang sah UMNO terus lingkop. Saya rasa kalo Mukriz menang, dia mungkin akan memartabatkan la sikit UMNO. Tapi, sikit je la. X banyk pon.
Hot... PM Kecut... Hek eleh...
Guan Eng diminta hati-hati buat kenyataan (Malaysiakini.com)
Apr 3, 08 4:36pm
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menasihatkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng supaya berhati-hati dalam membuat kenyataan kerana pemimpin DAP itu kini adalah ketua sebuah kerajaan negeri.
"Beliau tak seharusnya cuba meraih populariti," kata Perdana Menteri kepada Bernama selepas pertemuan selama 30 minit dengan Lim, yang juga Setiausaha Agung DAP, di pejabatnya.
"Saya memberitahu beliau yang kita sedang mengawasi dengan teliti apa yang sedang berlaku di Pulau Pinang.
"Saya nasihatkan beliau bahawa beliau kini menerajui sebuah kerajaan negeri dan beliau seharusnya berhati-hati ketika membuat kenyataan," kata Abdullah.
Merujuk kepada kenyataan Lim baru-baru ini mengenai Dasar Ekonomi Baru (DEB), Perdana Menteri berkata Lim (foto) tidak sepatutnya membuat kenyataan tidak berasas yang mengaitkan dasar itu dengan rasuah.
Abdullah berkata beliau tidak dapat menerima kenyataan liar seperti itu kerana ia boleh mencetuskan kemarahan dan salah faham yang sukar dibendung.
Abdullah meminta Lim supaya menghapuskan kemiskinan dan memastikan pertumbuhan dinikmati secara adil di Pulau Pinang.
Perdana Menteri berkata beliau juga memberitahu Lim bahawa kerajaan pusat akan memegang pada janji termasuk melaksanakan beberapa projek besar di Pulau Pinang.
"Semua ini bukannya projek mega atau untuk menunjuk-nunjuk. Ianya adalah projek yang mempunyai matlamat khusus berdasarkan keperluan rakyat," katanya.
Mengenai pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang, beliau berkata Petronas tidak akan membiayai projek itu kerana semua perolehan syarikat minyak negara itu diserahkan kepada kerajaan pusat untuk perbelanjaan pembangunan dan subsidi.
Abdullah berkata beliau juga meminta Lim mempercepatkan proses pengambilan tanah bagi tujuan pembinaan jambatan itu.
P/s: Abdullah sebenarnya tgh takot ngan menteri tu. Maklumlah, pusat perdagangan kedua terbesar kat Malaysia diambil oleh pembangkang. Lagipon, wat pe la Abdullah ni nak sibuk2. Biarlah ketua menteri tu nak wat ape. Lantak dia la. Nak jaga tepi kain orang buat ape? Selesaikan masalah kau tu dulu baru nak selesaikan masalah orang lain. Haha (jgn lupe gelak tau).
Angkasawan negara akan tukar minda rakyat Malaysia supaya bersikap terbuka untuk mencapai kejayaan
Angkasawan negara akan tukar minda rakyat Malaysia supaya bersikap terbuka untuk mencapai kejayaan
PENGHANTARAN angkasawan Malaysia ke angkasa lepas bukan saja memenuhi impian saya sejak kecil tetapi merangkumi setiap lapisan masyarakat. Ini dapat saya rasakan apabila memberi ceramah motivasi pada peringkat sekolah dan universiti seluruh Malaysia.
Ramai kanak-kanak yang masih berumur 5 tahun ingin menjadi angkasawan. Ramai pelajar yang mengatakan mereka begitu berminat dalam bidang sains dan matematik. Inilah misi sebenar Program Angkasawan Negara.
Seperti Yuri Gagarin, manusia pertama ke angkasa lepas pada 1961 yang berjaya membakar semangat seluruh penduduk Russia. Ramai anak mereka juga dinamakan Yuri Gagarin. Begitu juga Neil Amstrong, manusia pertama menjejak kaki ke bulan yang menyuntik inspirasi setiap rakyat Amerika.
Inilah yang ingin disematkan pada setiap sanubari rakyat Malaysia. Untuk menukar minda rakyat Malaysia lebih-lebih lagi kanak-kanak supaya bersikap positif dan terbuka untuk mencapai kejayaan gemilang demi kepentingan negara. Hasilnya akan dapat dirasai pada 5 hingga 10 tahun akan datang.
Semua pihak harus memainkan peranan agar matlamat ini tercapai lebih-lebih lagi Kementerian Pelajaran serta Kementerian Belia dan Sukan agar dapat meneruskan cabaran mencapai sasaran ke setiap lapisan masyarakat.
Setakat ini, saya sudah menjelajahi setiap negeri di Malaysia kecuali Negeri Sembilan (kampung halaman), Melaka, Perak dan Sarawak walaupun bukan secara menyeluruh dan saya dapat merasakan kesan yang begitu mendalam di setiap tempat yang saya hadiri. Suasana yang sungguh luar biasa.
Saya berjanji akan meneruskan usaha untuk menghadiri semua sekolah dan universiti di negara ini pada masa akan datang untuk berkongsi pengalaman mengenai penjelajahan ke angkasa lepas.
Ramai yang bertanyakan mengenai buku yang akan dihasilkan mengenai penjelajahan ke angkasa. Seperti yang diketahui, apabila saya kembali ke Malaysia, arwah adik menghasilkan sebuah buku mengenai saya sehingga terpilih menjadi angkasawan negara untuk dijadikan hadiah, namun hasrat Allahyarham untuk menerbitkannya tidak kesampaian.
Saya begitu sayu apabila melihat bilik arwah dipenuhi dengan gambar saya sebagai angkasawan negara. Begitu hiba hati ini apabila membaca helaian demi helaian coretan beliau. Saya bersyukur kerana telah menerbitkan buku berkenaan di pasaran untuk dikongsi bersama seluruh rakyat Malaysia.
Semoga ia menjadi inspirasi kepada anak muda untuk lebih berjaya. Kejayaan saya sebagai angkasawan sudah pasti membabitkan arwah adik yang sering memberikan dorongan dan galakan untuk berjaya dan saya berjanji untuk menjaga kepentingan kedua-dua anak arwah, Sheikh Aiman, 3, dan Balkish, setahun, demi masa depan mereka. Sebab itu, saya terbitkan buku ini sebagai tabung untuk masa depan mereka.
Minggu ini, saya akan ke Sibu dari 21 hingga 24 Mac dan ke Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang pada 28 Mac untuk berkongsi pengalaman. Dan Insya-Allah saya akan menjelajahi Maktab Rendah Sains Mara (MRSM lebih-lebih lagi MRSM Muar untuk membalas jasa guru di maktab itu yang membimbing dan mendidik saya sehingga menjadi angkasawan negara.
Tidak lupa pula Sekolah St Paul, Seremban yang membawa pelbagai kenangan manis dan sekolah di Negeri Sembilan sebagai membalas jasa Negeri Sembilan.
Pendaratan cemas pengalaman menyeronokkan
Soalan
Boleh jelaskan apa yang dimaksudkan dengan 'ballistic reentry' dan kenapa terjadi begitu?
Anuar Hamzah, Kuala Terengganu
Jawapan
Ini adalah kali ketiga dalam sejarah Russia kapal soyuz mengalami pendaratan kecemasan ballistic reentry. Kali pertama kapal soyuz tersasar ke dalam lautan dan kedua ke hutan Siberia Untuk TMA-10 kami terbabas sejauh 350 kilometer dari sasaran tetapi masih mendarat di kawasan Kazakhstan.
Ballistic reentry berlaku apabila kapal Soyuz terpaksa melakukan pendaratan kecemasan mengikut trajektori yang lebih pendek dan curam.
Bagi saya ia adalah pengalaman yang menyeronokkan di mana ketika memasuki atmosfera, kami berpusing-pusing dan terhumban dalam kapal Soyuz selama 3-4 minit.
Kami melalui daya tekanan 9G yang bermaksud 9 kali berat badan menghempap dada anda dan amat sukar bernafas. Tetapi kami telah dilatih untuk bernafas menggunakan abdomen. Segala-galanya berlaku dengan pantas.
Tumpuan dan fokus saya ketika itu adalah lebih kepada bahan eksperimen. Selepas tiga bulan mendarat, pihak Russia menjalankan post mortem dan mendapati punca pendaratan kecemasan adalah disebabkan masalah teknikal berikutan kerosakan kabel.
Saya bersyukur kerana misi penjelajahan ke angkasa mencapai objektifnya dan selamat kembali ke bumi.
MENGENAI KEPERCAYAAN TERHADAP KAYU KOKKA
MENGENAI KEPERCAYAAN TERHADAP KAYU KOKKA
.
“ Sesungguh perbuatan sesetengah pihak yang sedang berleluasa sekarang menjual atau berkempen apa yang mereka namakan “kayu kokka’ adalah penyelewengan dari hakikat Islam. Ini kerana mereka mendakwa kononnya kayu tersebut adalah dari jenis tongkat nabi Musa A.S dan mempunyai berbagai khasiat seperti dimakbulkan hajat, keselamatan, meninggalkan perniagaan adalah dakwaan palsu dari segi agama.
.
Pertama; Tiada dalil yang sahih, bahawa tongkat Nabi Musa atau bahtera Nabi Nuh atau mana-mana nabi dari jenis kayu ini. Bahkan, jika ia dari jenis kayu ini pun, mukjizat yang terjadi bukan disebabkan faktor jenis kayu, sebaliknya kerana mereka ditabalkan menjadi rasul. Mengaitkan kayu kokka dengan mukjizat mereka mempunyai motif perniagaan yang boleh mengelirukan orang ramai dan merosakkan kefahaman yang sebenar terhadap para nabi.
.
Kedua: dakwaan yang mereka buat tentang khasiat-khasiat kayu berkenaan boleh membawa kepada syirik dan pendustaan kepada Allah SWT. Tidak pernah Allah berjanji dalam apa-apa nas al-Quran atau melalui sunnah RasulNya bahawa Dia akan memberikan khasiat berkenaan kepada sesiapa yang memakai kayu tersebut. Dakwaan-dakwaan itu bererti mempergunakan nama Allah secara dusta. Bahkan di kalangan penjual kayu ini ada yang menggunakan hadith-hadith palsu.
.
Maka jelas, perbuatan menjual atau berkempen kepada kayu kokka tersebut adalah perbuatan yang memperbodohkan orang ramai dan memalukan Islam. Sepatutnya umat Islam berusaha “membangunkan diri” dengan mencari sebab musabab yang diizinkan Allah seperti penggunaan teknologi sains dalam kehidupan atau kesungguhan dan disiplin diri dalam perniagaan dan seumpamanya.
.
Kepercayaan seperti ini, di samping membawa kepada syirik, penyelewengan, khurafat dan karut, ia juga memalukan umat Islam di era kemajuan teknologi sekarang.
4/02/2008
UBAT GIGI YANG BANYAK MENIMBULKAN PERSOALAN
EMEL PILIHAN-UBAT GIGI YANG BANYAK MENIMBULKAN PERSOALAN
Saya amat terkejut apabila mendapat info bahawa ubat gigi dari China dikatakan beracun. Bahan – bahan kimia yang beracun dan merbahaya terdapat didalam ubat gigi keluaran China.
Bahan tersebut telah diharamkan di USA dan negara Eropah tapi telah dilambakkan di negara kita yang baru je 50 tahun merdeka. Di pasaran jika kita lihat bagaimana ubat gigi keluaran China seperti Colgate kayu sugi dijual dengan harga yang begitu murah. Di sini dapat dilihat strategi serta pakatan halus untuk menipu pengguna di negara ini dengan mengaburi orang ramai supaya terpedaya dengan iklan kayu sugi ‘Mustapa Maarof’.
Ramai yang terkena bila nampak harga murah tapi tak sedar bahaya bahan beracun dari ubat gigi dari China seperti Colgate dan Darlie. Periksa kandungan serta label dibelakang pengeluar dan pengilang ubat gigi anda jangan beli yang dari China macam Colgate dan Darlie.
Saya juga ada maklumat untuk dikongsi bersama melalui laman web ini http://cbs2chicago.com/topstories/local_story_193121935.html
Harap semua pihak terlibat dalam perkara ini berbuat sesuatu.
Ape salah blogger?
Berita RTM 1 pukul 6.30.
Ketua penerangan UMNO mengatakan bahawa pembangkang menggunakan internet ke tahap yg maksimum. Beliau berkata bahawa ini adalah politik maya dan UMNO tidak pernah menggunakan media internet dan surat khabar sebagai media untuk mnyebarkan dakyah politik mereka.
Cuba anda fikirkan?
- UMNO menggunakan siaran televisyen. Kesemua siaran televisyen termasuklah TV1, TV2, TV3, NTV7, 8TV, dan TV9. Hampir kesemua penduduk di malaysia mempunyai televisyen. Dan setiap berita adalah milik mereka dan sesuka hati untuk memotong bahagian yg berkenaan pembangkang. Adakah ini sistem politik Malaysia? Memang KOLOT.
- Pengguna internet di Malaysia hanya sedikit sahaja. Jika dilihat balik, cuma bahagian bandar sahaja yg menerima dakyah pembangkang.
- UMNO tidak gunakan akhbar? Memang lawak (jangan lupa nak gelak). Habis tu, ape gunanya akhbar UTUSAN dan Berita Harian yg dikeluarkan setiap hari. Sedangkan akhbar suara rakyat dan HARAKAH hya dikeluarkan sebulan dua kali. Hei, pembangkang, cari lah inisiatif. Jangan la hya keluarkan mengenai politik sahaja. Keluarkanlah berita2 semasa di Malaysia. Nmpk macam politik yg x matang.
- Kami yg menulis blogger ini hya ingin mengeluarkan pendapat kami setelah media untuk menyiarkan pendapat telah di halang sekeras-kerasnya oleh kerajaan.
POST: PEMUDAPI MELAKA.
We're so starving
Oh, how it's been so long
We're so sorry we've been gone
We were busy writing songs for you
Oh, how it's been so long
We're so sorry we've been gone
We were busy writing songs for
You don't have to worry
'cause we're still the same
Band
You don't have to worry
You don't have to worryyou don't
You don't have to worry
You don't have to worry
you don't
Oh, how it's been so long
We're so sorry
we've been gone
We were busy writing songs for you